top of page

TOKOH-TOKOH

AL- FALAK

AL-KHAWARIZMI

Nama sebenar          :   Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.
Dikenali sebagai        :   Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi                                             telah dikenali di barat sebagai  al-Khawarizmi, al-Cowarizmi,                   al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi,al-Gorismi dan beberapa                     scara ejaan lagi.
Dilahirkan di              :   Bukhara
Zaman kegemilangan  :   780-850M
Tarikh wafat               :   Antara tahun 220 dan 230M

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENDIDIKAN

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al­Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al­Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al­Ma’mun, bekerja di Bayt al­Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik danastronomi. AlKhawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angkaangka India dan cara­cara perhitungan India pada dunia Islam.Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin. Al­Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula­mula memperkenalkan aljabar dan hisab.Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep­konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

 

Gelaran Al­Khawarizmi

Gelaran Al­Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al­Khawarizmi, al­Cowarizmi, al­karismi, alGoritmi atau al­Gorism. Nama al­gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula al­Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumbangan Al­Khawarizmi Melalui Karya

 

Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

1. Al­Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

2. Hisab al­Jabr wa al­Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh­contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripada merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan telah dibuktikan kebenarannya oleh al­Khawarizmi.

3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang. Ini adalah contoh­contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasil Karya Al­Khawarizmi

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al­Khawarizmi dapat menghasilkan karya­karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat. Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :

1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.

2. ‘Mufatih al­Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.

3. Al­Jami wa al­Tafsir bi Hisab al­Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

4. Al­Mukhtasar Fi Hisab al­Jabr wa al­Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.

5. Al­Amal bi’ Usturlab’

6. Al­Tarikh

7. Al­Maqala Fi Hisab al­Jabr wa al­Muqabilah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peribadi al­Khawarizmi

Keperibadian al­Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al­Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian­pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang­orang Timur....” Maka temasuklah al­Khawarizmi itu sendiri. Al­Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata....’ al­Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains’. Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al­Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

bottom of page