ABU RAIHAN
AL-BIRUNI
Tarikh lahir : 15 September 973
Tarikh Kematian : 13 Disember 1048
Tempat Lahir : Khwarazm (kini Uzbekistan)
Albiruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur.AlBiruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan ibn Sina,pakar sejarah,pakar falsafah dan pakar ethicist ibn Miskawayh di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh Abu Al Abbas Ma'mun khawarazmshah.albiruni mengembara ke India bersama Mahmud dari Ghazni.
Pencapaian
Ketika berusia 17 tahun,dia mengira latitud bagi Kath,Khwarazm dengan menggunakan altitud maksima matahari.Pada umur 22 tahun pula,dia menulis beberapa hasil kerja kerja ringkas termasuk kajian unjuran pemetaan (map projection),Kartografi,yang termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuran hemisfera pada satah matematik.ketika berusia 27 tahun pula,beliau menulis buku bertajuk Kronologi yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau termasuk sebuah buku berkenaan astrolabe,satu berkenaan sistem perpuluhan,empat buku berkenaan astrologi dan dua berkenaan sejarah. Hasil karya beliau mencecah melibihi 120 buah kitab.
Sumber : http://fariabel.blogspot.my/2015/03/tokoh-dan-
sejarahperkembangan-ilmu.html
Abu Raihan al-Biruni (388-440 H / 973-1048 M.) berasal dari Paris, ia sangat termashur namanya dalam sejarah pertumbuhan ilmu Falak, sehingga beliau diberi gelar al-Ustadz fi al-‘Ulum (maha guru), kerana selain ahli perbintangan, juga beliau menjadi bintang cendekiawan dalam zaman keemasan Islam (Golden Era of Islam) karena juga menguasai berbagai bidang ilmu seperti filsafat, matematika, geografi, dan fizik. Beliau telah menemukan teori tentang rotasi bumi dan mampu menentukan garis bujur dan garis lintang untuk setiap daerah (kota) di permukaan bumi dengan akurasi yang sangat teliti. Karyanya antara lain “Al-Atsar Baqiyyat min Al-Qurun al-Khaliyat” yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris dengan judul The Cronology of Ancient Nations dan kitab Al-Qanun al-Mas’udy fi al-Haiat wa al-Nujumi (sebuah ensiklopedia astronomi yang dipersembahkan kepada Sultan Mas’ud Mahmud) yang ditulis pada tahun421 H/1030 M. Menurut Prof. Ahmad Baiquni, al-Biruni adalah orang yang pertama menolak teori Ptolomeus, dan menganggap teori Geosentris tidak masuk akal, karena langit yang begitu besar dan luas dengan bintang-bintangnya dinyatakan mengelilingi bumi sebagai pusat tata surya. Oleh karena itu, al-Biruni dipandang sebagai peletak dasar teori heliosentris.