top of page

AL-FARGHANI

Nama sebenar : Abu'l­Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al­Farghani

Tempat lahir : Farghana

 

Abu Abbas Ahmad bin Muhammad bin Katsir al-Farghani seorang ahli falak yang berasal dari Farghana, Transoxania, sebuah kota yang terletak di tepi sungai Sardaria, Uzbekistan. Di kalangan ilmuwan Barat ia dikenal dengan nama Alfarganus.Karya-karya besarnya seperti Jamawi al-ilm al-Nujum wa Harakat al-Samawiyyat, Ushul ‘Ilm al-Nujum, Al-Madkhal ila ‘ilm Haiat al-Falak, dan Fushul al-Tsalatsin, masih tersimpan di Oxford, Paris, Kairo dan perpustakaan Princeton University. Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Yohanes Hispalamsis dari Seville dan Gerard dari Cremona dengan nama “Compendium” yang dipakai pegangan dalam mempelajari ilmu perbintangan oleh Astronom-astronom Barat, seperti Regiomontanus.

Karya­karya mengenai Al­-FArghani

The Fihrist daripada Ibn al­Nadim ditulis pada tahun 987 Masehi dan telah menghasilkan dua karya mengenai Al­Farghani: (1) “The Book of Chapters ­ satu ringkasan mengenai Almagest” (Kitab al­Fusul, Ikhtiyar al­Majisti) dan (2) “Book on the Construction of Sun­dials” (Kitab ‘Amal al­Rukhamat).

The Jawami atau `The Elements’ merupakan buku paling dikenali mengenai Al­Farghani dan pengaruh kerjanya yang paling baik.

Abd al­Aziz al­Qabisi yang meninggal dunia pada tahun 967 Masehi menulis dalam ruangan komentarnya mengenai Al­Farghani yang kini dipelihara dalam manuskrip Istanbul, Aya Sofya. Dua buah karya terjemahan Latin diterbitkan pada abad ke­12.

Jacob Anatoli pula mengeluarkan karya terjemahan Hebrew yang menyediakan versi ketiga Latin, diterbitkan pada tahun 1590.

Selain itu, Jacob Golius menerbitkan teks baru Latin bersama­sama karya asli Arab pada tahun 1669.

Semua karya­karya itu adalah mengenai pencapaian Al­Farghani walaupun beliau dikatakan pernah melakukan kesilapan dalam projek membina terusan di Cairo Lama.

Sumbangan

Al­Farghani telah menulis mengenai buku bertajuk Elements of Astronomy iaitu Kitab Fi al­Harakat alSamawiya wa Jawami Ilm al­Nujum iaitu sebuah buku mengenai pergerakan objek di langit yang lengkap.Kitab ini juga turut membincangkan hal mengenai sains bintang dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke­12.Terjemahan itu sekali gus memberi pengaruh yang besar kepada ahli astronomi Eropah. Al­Farghani menerima teori Ptolemy dan nilai­nilainya yang dicatatkan berlaku lebih awal.Menurut Al­Farghani, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada bintang tetapi juga planet di alam semesta ini.Kejayaan Al­Farghani yang lain ialah beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km termasuk menentukan ukur lilit planet.Aktiviti penyelidikan Al­Farghani tidak terhad kepada ilmu bintang tetapi turut meliputi bidang kejuruteraan.Menurut Ibn Tughri Birdi, Al­Farghani telah menyelia projek pembinaan Great Nilometer di al­Fustat (Cairo lama).Projek itu siap sepenuhnya pada tahun 861 Masehi iaitu selepas al­Mutawakkil yang mengarahkan pembinaan itu meninggal dunia.

Sumber : http://fariabel.blogspot.my/2015/03/tokoh-dan-

             sejarahperkembangan-ilmu.html

           :http://astromjscb.blogspot.my/p/tokoh-tokoh.html

bottom of page