soho
SOHO (Solar and Heliospheric observatory) adalah prob angkasa dalam misi untuk mengkaji teras Matahari, atmosfera luar dan jalinan gas yang berion tinggi dimana ia tertiup keluar ke sistem suria dipanggil angin suria. SOHO berterusan mengkaji Matahari dan membolehkan SOHO mengkaji gegaran yang berlaku di atas permukaan Matahari selain gegaran yang berlaku jauh di dalam teras Matahari. Prob angkasa ini telah dapat mengesan dua jenis fenomena suria: Gelombang korona dan tornado solar. SOHO juga memainkan peranan yang penting dalam sistem amaran awal untuk Bumi, memberikan manusia lebih kurang tiga hari notis awal. Tambahan pula, SOHO juga secara tidak sengaja menjadi penemu komet, menemukan lebih 3000 komet (15 September 2015).
SOHO dilancarkan ke angkasa pada 2 Disember 1995 and sekarang ini berada 1.49km dari Bumi dan sampai pada 2 May 1996. SOHO membawa sekali spectrometer, angin suria sampler, teleskop ultra ungu, penganalisa radiasi , dan peta angin suria.