JUNO
Juno adalah prob yang sekarang ini dalam perjalanannya ke planet Musytari dan dijangka sampai pada tahun 2016. Juno akan mengkaji atmosfera, magnetosfera. Selain itu, prob ini akan mengumpul kesemua maklumat akan apa yang ada di dalam Musytari ,samada ianya dijadikan daripada teras keras dan berapa banyak air yang wujud dalam atmosferanya. Juno juga akan mengesan kehadiran partikel bercas yang menghasilkan auroras planet tersebut sambil menggunakan cahaya ultra ungu.
Juno dilancarkan ke angkasa pada 5 Ogos 2011 dan sekarang ini berada 688.74km daripada bumi. Destinasi utamanya adalah ke Musytari, dimana ia dijangka sampai pada 26 Jun 2016. Walau kemana Juno pergi ia membawa magnetometer, pengesan partikal, pengesan radio/plasma, transmitter radio, radiometer, dan spectrometer. Juno sering kali berkomunikasi dengan saintis daripada NASA dan SWRI.