BAGAIMANAKAH SIANG DAN MALAM BERLAKU?
Setiap hari siang dan malam silih berganti tanpa manusia sedar akan kejadiannya akibat kealpaan menjalankan aktiviti sendiri. Dari dulu hingga kini masih menjadi persoalan yang utama kepada manusia. Berdasarkan kajian saintis-saintis dunia kejadian siang dan malam berlaku hasil daripada putaran bumi pada paksinya.Bumi melengkapkan putaran pada paksinya dalam jangka masa 24 jam. Selama 24 jam inilah ada sebahagian bumi yang berhadapan dengan matahari dan di kawasan inilah berlakunya waktu siang. Konraduksi dengan itu kawasan bumi yang sebahagiannya lagi akan membelakangi bumi dan hal ini menyebabkan kawasan tersebut mengalami waktu malam.
إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثاً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,lalu Dia bersemayam di atas arsy, Dia menutupkan malam pada siang yang mengikutinya dengan cepat..."(Al-a'raf: 54)
Ini ialah ayat yang mengisahkan tentang proses penutupan malam pada siang dan siang pada malam merupakan sebuah simbolik yang indah. Hal tersebut mengandungi kisah proses putaran bumi pada paksinya dihadapan matahari. Ini adalah kerana apabila bumi tidak berputar pada paksinya dihadapan matahari, maka tidak akan ada proses penggantian siang dan malam sebagaimana yang terjadi dalam kehidupan kita sampai waktu ini.
Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas. (Al-Israa' - Ayat 12)
Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu. Allah Taala berfirman tentang garis pemisah ini:
(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187].
Perbezaan siang dan malam di sesuatu kawasan kecuali di kawasan Garisan Khatulistiwa disebabkan oleh kecondongan bumi iaitu 66 1/2 ° dari satah orbit hemisfera selatan mengalami waktu siang lebih panjang daripada waktu malam pada 22 hb Disember. Matahari berada tegak di Garisan Jadi Sementara semua kawasan hemisfera utara mengalami waktu siang lebih pendek berbanding dengan waktu malam.
21 Mac dan 23 September apabila matahari berada tegak di Garisan Khatulistiwa, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang. Manakala, apabila matahari berada tegak di Garisan Sartan pada 21 Jun semua kawasan di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada malam. Waktu siang lebih pendek berbanding malam di hemisfera selatan.