top of page

ATMOSFERA BUMI

Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera,Termosfera, dan Eksosfera.

 

1. Troposfera

Troposfera merupakan lapisan terbawah dari atmosfera, iaitu pada ketinggian 0 - 10km di atas permukaan bumi. Tebal lapisan troposfera rata-rata ± 10 km. Di daerah khatulistiwa, ketinggian lapisan troposfer sekitar 16 km dengan suhu rata-rata 80°C. Di kawasan biasa pada ketinggian lapisan troposfer sekitar 11 km dengan suhu rata-rata 54°C, manakala di kawasan kutub ketinggiannya sekitar 8 km dengan suhu rata-rata 46°C. Pada lapisan ini tinggi rendahnya suatu tempat di permukaan Bumi berpengaruh terhadap suhu udaranya. Hal ini mengikut hukum gradien geothermis, iaitu semakin tinggi (tiap kenaikan 1.000 meter) suatu tempat di permukaan Bumi, suhu udaranya akan turun sekitar 6°C di daerah sekitar khatulistiwa

2. Stratosfera

Lapisan ke 2 atmosfera adalah lapisan stratosfera. Stratosfera terletak pada ketinggian antara 10 - 40 km dari permukaan bumi. Suhu di lapisan stratosferq yang paling bawah (lapisan isotermis) relatif stabil dan sangat dingin iaitu - 70°CF atau sekitar - 57°C. Di lapisan ini tidak berlaku hukum gradien geothermis kerana semakin tinggi kedudukan di tempat ini, suhu akan semakin naik. Hal ini disebabkan kandungan wap air hampir tidak ada dan adanya lapisan ozon. Pada lapisan ini angin yang sangat kencang terjadi dengan pola aliran yang tertentu.Di sini juga tempat terbangnya pesawat yang menggunakan mesin jet. Hal ini dimaksudkan untuk menghindari gangguan cuaca. Pada ketinggian sekitar 40 km suhu pada lapisan ini boleh mencapai sehingga18°C.

 

3. Mesosfera

Lapisan ketiga dari atmosfera adalah mesosfera. Mesosfera terletak pada ketinggian antara 40 - 70 km dari permukaan bumi.  Susunan tidak sama seperti stratosfera. Kepadatan gas-gasnya sudah agak berkurang. Mesosfera mempunyai suatu lapisan ion atau udara yang bermuatan listrik yang disebut lapisan D yang terletak pada ketinggian 50-70 km di atas bumi. Hal ini disebabkan oleh adanya sinar ultra violet pada molekul-molekul udara yang bertemu dengan elektron. Ozon juga terdapat di mesosfer,a yang terjadi kerana pengaruh ultra violet dan sinar-X pada oksigen.Pada ketinggian 50 km suhu menjadi 0°C. Suhu kembali turun ketika ketinggian bertambah, sampai menjadi sekitar -143°C di bahagian atas dari lapisan ini, iaitu lebih kurang 81 km diatas permukaan bumi. Suhu serendah ini memungkinkan terjadi awannoctilucent, yang terbentuk dari kristal es. Lapisan ini merupakan lapisan pelindung bumi dari jatuhan meteor atau benda-benda luar angkasa lainnya. Lapisan mesosfera terdapat lapisan mesopause yang merupakan lapisan peralihan antara mesosfera dan termosfera.

4. Termosfera(ionosfera)

Termosfera terletak pada ketinggian antara 70 - 400 km di permukaan bumi. Dinamakan termosfera kerana berlaku kenaikan suhu yang cukup tinggi pada lapisan ini iaitu sekitar 1982°C. Dan mengapa ia juga dinamakan inosfera? Kerana radiasi ultra violet menyebabkan tindak balas kimia sehingga membentuk lapisan bermuatan listrik. Lapisan ini mengandum ozon dan karbon dioksida. Kepadatan termosfera sangat rendah, kurang dari seperjuta kepadatan udara pada permukaan bumi. Namun, meskipun tipis, udara di termosfera dapat membakar meteor pada ketinggian 300 km, jika sangat besar dan tidak habis dilapisan udara ionosfera ini maka akan jatuh sampai kepermukaan Bumi yang disebut Meteorit.

5. Eksosfera

Eksosfera terletak pada ketinggian antara 400 km atau lebih dari permukaan bumi. Lapisan atmosfera ini yang merupakan batas terluar membentang ke dalam angkasa dan menyatu dengan atmosfera dan radiasi matahari. Gas lapisan ini amat sangat tipis. Hidrogen merupakan unsur penyusun paling utama. Cahaya redup muncul di lapisan ini. Dikenal sebagai cahaya zodiakal dan gegenschein, cahaya redup ini sebenarnya adalah refleksi cahaya matahari yang dipantulkan oleh partikel debu meteoritik yang tidak terhitung jumlahnya dan bergelantung berdekatan bumi. Lapisan ini merupakan lapisan paling panas dan molekul udara dapat meninggalkan atmosfera sampai ketinggian 3.150 km dari permukaan bumi. Lapisan ini sering disebut pula dengan ruang antara planet dan geostasioner. Lapisan ini sangat berbahaya, kerana merupakan tempat terjadi kehancuran meteor dari angkasa luar.

bottom of page