top of page

GERHANA BULAN

Gerhana hanya berlaku apabila Matahari, Bumi dan Bulan semuanya selari dalam garisan lurus (disebut "sizigi"). Gerhana matahari berlaku pada waktu bulan purnama, apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi. Saiz Bulan nampaknya sama dengan saiz Matahari, dengan kedua-duanya dilihat dekat dengan kelebaran sebanyak setengah darjah. Matahari lebih besar daripada Bulan akan tetapi kejauhannya yang amat menyebabkan saiznya kelihatan hampir sama dengan saiz Bulan, yang lebih kecil dan lebih hampir dengan Bumi, apabila dilihat dari Bumi.

Perbezaan saiz yang tampaknya berubah, yang disebabkan orbit yang tidak betul-betul bulat, juga agak sama mahupun perbezaan ini mengikut kitaran yang berlainan. Ini membolehkan kewujudan gerhana matahari jenis gerhana penuh (Bulan kelihatan lebih besar daripada Matahari) dan gerhana anulus (Bulan kelihatan lebih kecil daripada Matahari) Moon appearing smaller than the Sun).Pada saat gerhana penuh, Bulan menutup cakera Matahari sepenuhnya dan korona matahari dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh sebab jarak antara Bulan dan Bumi bertambah sedikit demi sedikit dengan pengedaran masa,diameter sudut Bulan berkurangan. Ini bermaksud bahawa beratus juta tahun dahulu, Bulan akan sentiasa menyelubungi Matahari sepenuhnya semasa gerhana matahari, dan tiada gerhana anulus dapat dilihat. Sama juga, lebih kurang 600 juta tahun dari sekarang (sekiranya diameter sudut Matahari tidak berubah) Bulan tidak akan menyelubungi Matahari sepenuhnya dan hanya gerhana anulus akan berlaku.

 

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 16 Jun 2011.

bottom of page