top of page

FASA BULAN

Fasa bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap, terutama dari bumi. Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi, mengikut perubahan kedudukan bumi, bulan dan matahari. Separuh dari permukaan bulan sentiasa diterangi matahari (kecuali ketika gerhana bulan), dan terang tetapi bahagian yang diterangi itu boleh kelihatan dari 100% (bulan mengambang) hingga 0% (anak bulan atau bulan gelap). Sempadan antara hemisfera yang diterangi dan tidak diterangi dipanggil penamat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ANAK BULAN 

Dalam terminologi astronomi, anak bulan (atau hilal dalam bahasa Arab) merupakan fasa bulan yang berlaku apabilaBulan, dalam gerakan oerbit bulanannya mengelilingi Bumi, berada di antara Bumi dan Matahari, maka berada sebaris atau bersilangan dengan Matahari jika dilihat dari Bumi. Pada ketika ini, bahagian yang gelap (yang tiada cahaya matahari) bagi permukaan Bulan akan menghadap ke arah Bumi, maka, Bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.

Maksud sebenar frasa "anak bulan" adalah bulan sabit pertama yang kelihatan, iaitu selepas persilangan dengan matahari. Ini lazimnya mengambil tempat di ufuk barat dalam waktu yang sekejap antara waktu terbenamnya matahari dan terbenamnya bulan, lalu masa dan tarikh kemunculan anak bulan ini akan dipengaruhi oleh kedudukan geografi pencerap. Anak bulan secara astronomi, atau bulan gelap untuk mengelakkan kekeliruan, berlaku ketika persilangan dalam longitud gerhana dengan Matahari, iaitu apabila Bulan tidak kelihatan dari Bumi. Waktu itu adalah unik dan tidak bergantung kepada kedudukan, dan dalam keadaan tertentu, akan kebetulan dengan gerhana matahari.

Anak bulan dalam makna asal ialah bulan sabit muda yang menandakan bermulanya bulan dalam kalendar lunar sepertitakwim hijrah, dan kalendar lunisolar seperti kalendar Ibrani, Hindu dan Buddha. Tetapi dalam kalendar Cina, permulaan bulan dimulai dengan bulan gelap

BULAN MENGAMBANG ATAU BULAN BIRU

Bulan purnama adalah salah satu fasa bulan di mana bulan terletak di belakang bumiditinjau dari matahari.

Karena satu siklus bulan lamanya 29.5 hari, maka bulan purnama biasanya terjadi di antara hari ke-14 dan 15 dalam kalender lunar.

Bulan biru bukanlah menunjukkan keadaan bulan yang berwarna biru tetapi istilah yang diberikan bagi bulan mengambang yang jarang. Kebanyakan tahun akan mempunyai dua belas kali fenomena bulan mengambang yang berlaku lebih kurang sekali sebulan, tetapi setiap tahun kalendar Masihi mempunyai 12 kitaran bulan dan lebih 11 hari. Maka, apabila hari yang lebih itu dikumpul, maka, setiap dua atau tiga tahun sekali akan mempunyai tambahan bulan mengambang (setiap 2.72 tahun) dan keadaan ini dinamakan "bulan biru".

Istilah bulan biru (atau blue moon) sering digunakan dalam metafora yang menunjukkan keadaan jarang berlaku, seperti dalam peribahasa Inggeris "once in a blue moon"(sekali dalam bulan biru).

  • Masyarakat dahulu akan memberikan setiap bulan nama mengikut kemunculannya pada tahun tersebut. Bulan yang datang terlalu awal tidak mempunyai nama - dan dipanggil bulan biru.

  • Almanak Petani mentakrifkan bulan biru sebagai bulan mengambang tambahan yang muncul dalam satu musim, satu musim ditakrifkan sebagai tiga bulan mengambang. Jika musim itu mempunyai empat bulan mengambang, maka bulan mengambang yang ketiga dinamakan bulan biru.

  • Dalam separuh kedua abad kedua puluh, takrifan biasa bagi bulan biru merupakan bulan mengambang kedua dalam bulan Masihi (ini adalah salah faham dari Almanak Petani Main pada 1946 yang kemudiannya diterima pakai dan dicerap pada 1999).

Bulan juga mampu kelihatan kebiru-biruan jika mempunyai gangguan atmosfera.

bottom of page