top of page

URANUS

Uranus (19.6 AU), iaitu 14 jisim Bumi, merupakan yang paling ringan dari planet luaran. Uniknya di kalangan planet tersebut, ianya mengorbit Matahari pada bahagiannya;kecondongan paksinya ialah lebih dari sembilanpuluh darjah kepada ekliptik. Ianya mempunyai teras yang lebih sejuk berbanding gergasi gas lain, dan menyinarkan haba yang amat sedikit ke luar angkasa.Uranus mempunyai 27 satelit yang diketahui, salah satu yang terbesar ialah Titania, Oberon, Umbriel, Ariel dan Miranda.

Uranus merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Planet ini dinamakan sempena dewa langit Yunani purba iaitu Uranus (Yunani Kuno: Οὐρανός), bapa kepada Cronus (Saturnus) dan datuk kepada Zeus (Jupiter). Walaupun ia boleh dilihat dengan mata kasar, planet ini tidak dikenal pasti oleh tamadun purba kerana kesuramannya dan putaran orbitnya yang perlahan.[2] Sir William Herschelmengumumkan penemuannya pada 13 Mac 1781 dan ini menyebabkan garis sempadan yang diketahui dalam Sistem Suria buat pertama kalinya dalam sejarah moden dapat dikembangkan. Uranus juga planet pertama yang ditemui melalui teleskop.

Komposisi planet Uranus adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripadagergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal. Ahli falak kadangkala meletakkan mereka di kategori yang berbeza dipanggil "gergasi ais". Atmosfera Uranus yang sama dengan Musytari dan Zuhal dalam komposisi utama seperti hidrogen danhelium mengandungi lebih "ais" seperti air, ammonia dan metana dengan unsur surih hidrokarbon. Planet ini mempunyai atmosfera yang paling sejuk di Sistem Suria dengan suhu minimum 49 K (−224 °C. Atmosferanya mengandungi struktur awan yang berlapis dan kompleks dengan air sebagai kandungan awan yang paling rendah dan metana pula pula berada di awan yang paling atas. Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus kebanyakannya terdiri daripada ais dan batu.

bottom of page