top of page

PROB ANGKASA

 

Prob angkasa merupakan salah satu kapal angkasa yang dikawal secara robotik, dan ia menjelajah angkasa untuk menjayakan sesuatu misi yang ditetapkan – seperti menjelajah dan mengumpulkan data bulan, menuju ke sesuatu planet dan sebagainya.

Prob angkasa lepas merupakan satu prob yang mengembara merentasi ruang angkasa untukmengumpul maklumat.Prob angkasa lepas tidak mempunyai angkasawan.Prob menghantar datakembali ke bumi untuk dikaji oleh saintis

Prob atau Perlumbaan Angkasa merujuk kepada pertandingan antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, secara kasarnya di antara 1957 hingga 1975, membabitkan usaha selari oleh negara tersebut untuk menjelajah ruang angkasa dengan satelit, menghantar manusia ke angkasa, dan meletakkan manusia di bulan.

Walaupun permulaannya bermula pada teknologi roket awal dalam ketegangan antarabangsa selepas Perang Dunia II, Perlumbaan Angkasa bermula dengan pelancaran Sputnik 1 oleh Kesatuan Soviet pada 4 Oktober 1957. Istilah tersebut bermula sebagai analogi kepada perlumbaan senjata. Perlumbaan Angkasa menjadi sebahagian kebudayaan dan persaingan teknologi penting antara Soviet dan AS semasa Perang Dingin. Teknologi angkasa menjadi arena lebih penting dalam konflik ini, disebabkan isu kegunaan ketenteraan dan kelebihan psikologi bagi meningkatkan moral.

Prob Tanpa Manusia

 

Berikutan kejayaan Soviet meletakkan satelit pertama ke dalam orbit, Amerika memusatkan usaha mereka untuk menghantar prob ke bulan. Program Pioneer merupakan percubaan pertama A.S. Program Luna Soviet mula beroperasi dengan pelancaran Luna 1 pada 4 Januari 1959. Tujuan program Surveyor robotik A.S adalah untuk mencari tapak pendaratan di bulan. Seterusnya, Apollo 8 melakukan pengorbitan bermanusia pertama di bulan pada 27 Disember 1968, melatakkan batu asas untuk menghantar manusia ke bulan.

 

Soviet juga merupakan negara pertama yang menghantar prob-prob planet, ke planet Zuhrah dan Marikh pada tahun 1960. Kapal angkasa pertama yang berjaya terbang melalui Zuhrah adalah Mariner 2, yang dihantar oleh A.S. pada 14 Disember 1962. Ia memberi keputusan yang mengejutkan berkenaan suhu permukaan yang tinggi dan ketumpatan udara di Zuhrah. Oleh kerana ia tidak memiliki kamera, penemuannya tidak mendapat perhatian orang ramai sepertimana imej-imej daripada prob angkasa, yang mana jauh melangkaui keupayaan teleskop ahli kaji bintang yang berpangkalan di bumi.

bottom of page