top of page

NEPTUN

Neptun (30 AU), meskipun lebih kecil sedikit dari Uranus, ianya lebih besar (bersamaan 17 Bumi) dan oleh itu lebih padat. Ianya menyinarkan lebih haba dalaman, tetapi tidak sebanyak Musytari atau Zuhal.

Neptun mempunyai 13 satelit yang diketahui. Yang terbesar, Triton, secara geologinya aktif, dengan geiser dari cecair nitrogen.Triton merupakan satu-satunya satelit dengan orbit susut. Neptun ditemani dalam orbitnya oleh sebilangan dari planet minor, diistilahkan sebagai trojan Neptun, iaitu 1:1 gema dengannya.

Neptun telah ditemui dalam tahun 1846 oleh Johann Gottfried Galle. Dengan bantuan mekanik selestial kedudukan planet ini telah ditentukan oleh Urbain Le Verrier. Kedudukan ini telah ditentukan sebagai 30 AU dari Matahari. Neptun didapati mempunyai garis-pusat 49 500 km, kecil sedikit dari Uranus. Planet in terdiri terutamanya daripada hidrogen dan helium. Ia mempunyai satu teras yang besar yang terdiri daripada batu-batuan cair, ammonia, dan methane. Teras ini adalah sebesar dua pertiga garis-pusat planet ini. Lapisan berketebalan satu pertiga yang paling luar pula adalah terdiri daripada hidrogen, helium, air dan methane.

Neptun kelihatan berwarna biru disebabkan oleh keujudan methane. Atmosferanya bersifat lebih aktif dari Uranus. Nampak kelihatan di sini satu susunan memanjang awan putih yang terdiri daripada ais methane. Tompok besar berwarna biru pula adalah disebabkan oleh ribut taufan menyerupai sistem yang serupa di permukaan Musytari.

Neptun mempunyai sekurang-kurangnya 13 satelit-satelit. Satu daripada mereka yang didapati amat menarik dipanggil Triton. Satelit ini mempunyai garis-pusat 2700 km dikelilingi oleh satu atmosfera nipis yang terdiri daripada nitrogen. Dalam tahun 1989 kapal angkasa Voyager 2 telah mengukuri bahawa suhu satelit ini adalah paling rendah sekali di Sistem Suria, iaitu -236 Celcius. Permukaan satelit ini penuh diliputi dengan ais nitrogen yang amat kompleks, bentuknya menyerupai pancutan yang mengeluarkan nitrogen sehingga mencapai tahap ketinggian 8 km.

bottom of page