MATAHARI
Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.
Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripadagas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.
Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.
Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaranultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.
Diameter Matahari adalah lebih kurang 870,000 batu (1,400,000 kilometer). Itu adalah lebih kurang 109 kali saiz Bumi. Diameter Bumi ialah 7926 batu (12756 kilometer).
Matahari adalah 333,000 kali lebih berat daripada Bumi. Ini bermakna jika anda meletakkan Matahari di atas penimbang, anda memerlukan 333,000 objek yang mempunyai berat yang sama dengan Bumi pada sebelah yang satu lagi untuk mencapai keseimbangan. Matahari, jarak garisan khatulistiwanya ialah 2 720 984 batu (4,379,000 kilometer). Itu adalah 109 kali jarak garisan khatulistiwa Bumi. Jarak garisan khatulistiwa Bumi ialah 24,902 batu (40,075 kilometer). Jarak purata Matahari dengan Bumi adalah 92,580,000 batu (149,000,000 kilometer). Jarak antara Matahari dengan Bumi adalah 400 kali daripada jarak antara Bumi dengan Bulan. Jika Matahari itu berongga, ia boleh memuatkan sebanyak lebih satu juta Bumi di dalamnya. Cahaya daripada Matahari mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai ke Bumi, atau dengan lebih tepat 8 minit 20 saat pada kelajuan cahaya. Matahari juga berputar. Tempoh ia berputar pada garisan Khatulistiwanya ialah 26.8 hari dan tempoh ia berputar pada bahagian kutubnya ialah 36 hari. Ia dilihat seperti bintang - bintang berada di kedudukan yang sama setiap malam, setiap tahun, tetapi sebenarnya bintang – bintang itu bergerak sepanjang masa. Tanpa Matahari, Bumi tidak boleh menyokong kehidupan.Matahari membekalkan haba dan cahaya yang diperlukan oleh Bumi untuk menyokong kehidupan. Jika anda tinggal di Matahari, dan anda membina sebuah kapal angkasa, ia perlu bergerak lebih 618.2 kilometer sesaat untuk melepaskan diri daripada tarikan graviti Matahari.
Di dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai putaran yang berbeza. Ini telah tertulis di dalam surah Yasin ayat 38,Allah menyatakan,
وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ
Maksudnya: "Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya (mustaqar). Demikianlah yang ditentukan oleh yang maha perkasa lagi maha mengetahui."
Perkataan yang penting dalam ayat ini ialah tajri dan mustaqar. Tajri bermaksud berlari dan mustaqar bermaksud tempat tujuan, perhentian atau tempat menetap. Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, as-Syeikh Said Hawa mentafsirkan ayat ini dengan berkata, "(Antara tanda kekuasaan Allah adalah) matahari bergerak menuju ke tempat menetap baginya." Sekiranya ayat sebelum ini menyatakan matahari 'berenang atau bergerak dalam bulatannya', ayat ini pula menyatakan matahari 'berlari menuju ke tempat perhentiannya'. Justeru ayat pertama membicarakan mengenai putaran di atas paksi manakala ayat kedua membicarakan mengenai putaran (orbit) yang berbeza.
Penemuan semasa mengesahkan matahari, di samping bergerak di atas paksinya yang mengambil masa 25 hari bagi melengkapkan satu putaran, ia juga bergerak mengelilingi galaksinya yang bernama Bimasakti (Milky Way). Para saintis mengesahkan matahari bergerak mengelilingi bahagian tengah (nukleus) galaksi ini dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Ini bermakna ia mengambil masa lebih kurang 225 juta bagi melengkapkan satu pusingan mengelilingi bahagian nukleus galaksi ini.
Justeru, dalam surah yasin,ayat 38 ini mensyariatkan objek-objek di langit (termasuk bumi) di samping berputar di atas paksinya, juga beredar mengelilingi pusat (nukleus) galaksinya mengikut ketetapan Allah seperti yang berlaku kepada matahri. Ini sudah memadai bagi merangsang umat Islam supaya terus mengkaji rahsia kejadian alam termasuk yang berkaitan dengan putaran dan peredaran objek-objek di langit.
Sumber: