top of page

BURUJ

Dalam astronomi moden, suatu buruj atau konstelasi atau gugusan ialah kawasan yang dinyatakan di seluruh daripada sfera cakerawala. Kawasan-kawasan ini dikelaskan di dalam asterisme, yang merupakan corak terbentuk oleh bintang-bintang ulung dengan kedekatan nyata ke satu sama lain di langit malam Bumi.

Terdapat 88 buruj piawai diakui oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (International Astronomical Union) (KAA / IAU) sejak 1922. Kebanyakannya dirujuk kepada 48 buruj dinyatakan oleh Ptolemy dalam Almagest (abad ke-2). Selebihnya dinyatakan pada abad ke-17 dan ke-18; yang terkini ditemui di langit selatan, dinyatakan dalam Coelum australe stelliferum oleh Nicolas Louis de Lacaille(1763).

Ada juga sebilangan buruj terdahulu yang tidak diakui oleh KAA / IAU, atau buruj yang diakui dalam tradisi rantauan astronomi atauastrologi, seperti buruj-buruj Cina, Hindu atau Orang Asli Australia.

Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab iaitu برج (burj) (tunggal), بروج (burūj) (jamak). Lain bangsa, lainlah persepsi mereka terhadap corak buruj itu. Justeru, nama buruj juga berbeza. Dalam contoh di atas, orang Melayu di Nusantara melihat corak empat biji bintang berbentuk segiempat dengan tiga biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani dan Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion

Seperti yang disebutkan dalam surah Fussilat ayat 11 yang bermaksud, "Kemudian Dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan bumi, 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa'.Kedua-duanya menjawab, 'Kami datang dengan tunduk'. "

 

Sains membuktikan gumpalan asap ini mengandungi gas-gas hidrogen dan helium. Selepas berlalu masa jutaan tahun (selepas Big Bang), gas-gas ini menajdi semakin padat sehingga akhirnya melahirkan bintang-bintang dan galaksi. Hal ini disebutkan di dalam The Vindication of the Big Bang: Breakthroughs and Bariers (Parker Barry R.,Plennum Press, New York,1993).

 

Bintang-bintang adalah objek besar di kosmos dan jumlahnya begitu besar sekali. Di galaksi Bimaksakti sahaja jumlahnya adalah antara 200 - 400 bilion.CNN.com bertarikh Julai 2003 melaporkan jumlahbintang di langit melebihi 70 sextilion (7 diikuti dengan 22 kosong). Jumlah ini bermaksud, sekiranya dihitung pasir-pasir di semua pantai dan gurun di dunia, jumlah bintang di langit adalah 10 kali ganda daripada jumlah itu.

 

Di dalam al-Quran terdapat lebih kurang 13 tempat yang menceritakan mengenai bintang-bintang. Perkataan yang digunakan oleh Quran adalah najmu (satu bintang) dan nujuum (banyak bintang). Sebagai contoh dalam surah al-A'raaf ayat 54, Allah menyatakan, "Dan (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintahNya." Antara faedah yang manusia peroleh daripada bintang-bintang adalah ia menjadi petunjuk jalan (sama ada arah Utara Selatan Timur dan Barat) terutamanya bagi para pengembara.

 

وَعَلامَاتٍ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُون

 

Maksudnya: "Dan Ia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk (arah yang hendak dituju)." (Surah an-Nahl ayat 16)

bottom of page